Kemudi meterai MoU dengan Media Thailand

Azran (tiga dari kiri) menyerahkan dokumen MoU kepada Chaiyong di sini semalam.
Azran (tiga dari kiri) menyerahkan dokumen MoU kepada Chaiyong di sini semalam.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) mencipta sejarah tersendiri apabila secara rasmi menjalin kerjasama dengan Persatuan Media Wilayah Thailand semalam.

Perjanjian persefahaman (MoU) itu dimeterai antara kedua pihak yang diadakan dalam satu majlis ringkas di Kota Baharu.

Kemudi diwakili Presidennya, Azran Fitri Abdul Rahim manakala Presiden Persatuan Media Wilayah Thailand, Chaiyong Maneerungskul bagi pihak Persatuan Media Wilayah Thailand.

Pemeteraian MoU itu turut di saksikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Zuraidin Abdullah dan Penolong Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan, Isara Laongsakul.

Zuraidin semasa ucapannya memberitahu, kerajaan negeri menyambut baik langkah yang dilakukan Kemudi dan dengan cabaran yang dihadapi media masa kini, MoU ini adalah salah satu usaha bijak untuk perkongsian maklumat secara betul.

Katanya, selain dapat mengeratkan hubungan kedua-dua pihak, dalam masa yang sama Kemudi juga turut membantu mempromosikan Tahun Melawat Kelantan 2020.

Sementara itu, Konsul Jeneral Thailand di Kota Baharu, Mongkol Simsoboom menyambut baik usaha yang dilakukan Kemudi, selain menyifatkan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua delegasi media adalah satu langkah yang baik dalam mengukuhkan hubungan dua negara.

Beliau berharap, ia dapat menjadi jambatan ke arah menyelesaikan isu-isu berbangkit terutama di Selatan Thailand.

Artikel Berkaitan:

Selain majlis menandatangani MoU, wartawan yang hadir juga turut dibawa ke tempat-tempat menarik di negeri ini terutamanya mengenali dengan lebih dekat kesenian pembuatan wau dan melihat sendiri keunikan muzium yang terletak di kawasan zon pelancongan di sini.

Azran Fitri berkata, MoU ini penting bukan sahaja untuk pertukaran maklumat malah perkongsian pelbagai ilmu kewartawanan demi kelangsungan industri tersebut pada masa depan.

“Rombongan kali ini disertai lapan wakil media di sana yang masing-masing mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun menjadi wartawan. Maka inilah peluangnya untuk kita belajar daripada pengalaman mereka,” katanya.