Hadiah Prolintas sempena Deepavali

Lebih 100 kakitangan Prolintas bergotong royong untuk memberikan keceriaan sambutan Deepavali kepada empat rumah kebajikan warga emas sekitar jajaran lebuh raya kendaliannya.
Lebih 100 kakitangan Prolintas bergotong royong untuk memberikan keceriaan sambutan Deepavali kepada empat rumah kebajikan warga emas sekitar jajaran lebuh raya kendaliannya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih 100 kakitangan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong di rumah kebajikan warga emas sekitar jajaran lebuh raya kendaliannya.

Prolintas menerusi kenyataannya di sini hari ini berkata, aktiviti gotong-royong itu melibatkan empat rumah kebajikan iaitu Noble Care Home (Rawang), Ebeenezer Home Seri Muda (Shah Alam), Damai Home Care (Ampang) dan Rumah Seri Kenangan (Kajang).

“Kakitangan Prolintas yang terlibat adalah dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

“Mereka membersihkan kawasan rumah dan membaiki peralatan yang rosak, melakukan kerja-kerja mengecat dan pemasangan jaring tingkap,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, aktiviti itu bertujuan memberi keceriaan sambutan Deepavali kepada penghuninya.

Program gotong royong di rumah kebajikan warga emas adalah kesinambungan agenda Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Prolintas yang dilaksanakan sepanjang tahun.

Artikel Berkaitan: