MPKK ikuti kursus hadapi bencana alam

Amiruddin (kiri) turut mempamerkan bakat dalam mengimbangi bola bersama pakar gaya bebas, Nik Khairul Anuar Iskandar Abdullah (kanan) selepas Karnival Bulan Sukan Negara Peringkat Kubang Pasu hari ini.
Amiruddin (kiri) turut mempamerkan bakat dalam mengimbangi bola bersama pakar gaya bebas, Nik Khairul Anuar Iskandar Abdullah (kanan) selepas Karnival Bulan Sukan Negara Peringkat Kubang Pasu hari ini.
A
A
A

JITRA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kewangan turut memberi perhatian terhadap persiapan menghadapi bencana alam apabila turut menyalurkan peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, melalui peruntukan itu, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dari beberapa kawasan berisiko banjir telah dipilih mengikuti kursus persediaan menghadapi bencana di Institut Kemahiran Desa (Infra) di Kajang, Selangor, selain turut dilatih dari segi persediaan mental dan fizikal.

"Saluran peruntukan berkaitan bencana bukan sahaja diberikan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), malah turut diagihkan kepada kementerian-kementerian berkaitan," katanya yang ditemui media selepas merasmikan Karnival Bulan Sukan Negara Peringkat Kubang Pasu hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata, penyertaan MPKK dibuat kerana pihak tersebut memainkan peranan penting di setiap kampung terutamanya apabila satu-satu kawasan terlibat bencana dan memerlukan perhatian.

"Sekiranya mereka tidak tahu mengawal dan mengendalikan penduduk yang menjadi mangsa, ia akan menyukarkan lagi keadaan pada ketika itu," katanya.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH), Amiruddin berkata, pihaknya sedang membuat bayaran kepada permohonan berjaya dan akan diselesaikan dengan kadar segera.

Artikel Berkaitan: