Alif Satar tamatkan Ironman Langkawi dalam tempoh 15 jam

Alif Satar berjaya menamatkan Kejohanan Ironman Langkawi 2019 di Pantai Cenang di sini semalam. - Foto Instagram Alif Satar
Alif Satar berjaya menamatkan Kejohanan Ironman Langkawi 2019 di Pantai Cenang di sini semalam. - Foto Instagram Alif Satar
A
A
A

SEMUANYA kelihatan mustahil sehingga ia selesai, kata selebriti Alif Satar setelah berjaya menamatkan Kejohanan Ironman Langkawi 2019 di Pantai Cenang, di sini semalam.

Penyanyi dan pelakon berusia 29 tahun itu berjaya mencatatkan masa 15 jam untuk menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya sejauh 3.8 kilometer (km) berenang, 180km berbasikal dan 42km berlari.

"Perasaan sungguh menakjubkan. Tak sabar nak kongsi cerita saya kepada semua. Terima kasih semua yang datang beri sokongan, bagi semangat sepanjang Pantai Cenang.

"Minta maaf kalau sorakan anda tak berbalas. Keadaan mental ketika itu sangat teruk namun Alhamdulillah saya berjaya harungi. Mungkin ini kerja gila yang pernah lakukan. 3.8km berenang, 180km berbasikal dan 42km berlari. Semuanya dalam masa 15 jam 5 minit dan 49 saat. P/S Tony Stark bukan Ironman... saya," tulisnya di laman Instagram miliknya.

Bukan itu sahaja, nama Alif Satar atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, trending di Twitter hingga mendapat perhatian netizen termasuk penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan artis tempatan lain.

Siti juga mengucapkan tahniah kepada Ironman (Alif Satar).

Pada hantaran yang sama, peminat berkata, "Then, we love you 3,000 times iron man," tulis @shafikajoha.

Kata rashidi_ishak pula, "Tahniah idola".

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dalam kejohanan ini, atlet Sepanyol, Javier Gomez menepati ramalan selaku pilihan utama apabila berjaya memecahkan rekod Ironman Langkawi sekali gus dinobatkan juara kategori profesional lelaki pada penampilan sulung di sini.

Atlet berusia 36 tahun itu, yang menjuarai Kejohanan Triatlon Jarak Jauh Dunia (ITU) 2019 berjaya mengharungi cabaran tiga disiplin perlumbaan iaitu berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km dengan masa lapan jam 18 minit 58 saat.