X

Kindly register in order to view this article
!

'Tolong cari suami saya'

Su menunjukkan gambar suaminya yang hilang sejak sejak 1 Oktober lalu. Gambar kecil: Mohd Sukor
A
A

YAN - Seorang suri rumah dari Kampung Titi Teras meminta bantuan orang ramai bagi mengesan suaminya yang hilang lebih tiga minggu lalu.

Su Long, 64, berkata, suaminya, Mohd Sukor Arifin, 81, tidak pulang setelah keluar dari rumah dengan menunggang motosikal pada jam 12 tengah hari, 1 Oktober lalu.

Menurutnya, suaminya keluar dari rumah tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan dikhuatiri tersesat kerana sering lupa jalan pulang ke rumah.

"Saya bimbang keadaan dia kerana kadang kala dia juga lupa jalan balik ke rumah.

"Setakat ini, saya sudah bertanyakan rakan-rakannya dan saudara di Manjung, Perak; di Baling, Sungai Daun, Sungai Limau, Yan, Pokok Tai, Pendang dan lain-lain, depa kata pak cik tiada ke sana," katanya.

Mohd Sukor yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari rumah dengan menunggang motosikal pada 1 Oktober lalu.
Mohd Sukor yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari rumah dengan menunggang motosikal pada 1 Oktober lalu.

Su berkata, suaminya ada memberitahu ingin keluar sebentar di sekitar rumahnya namun tidak pulang sehingga ke petang.

Bagaimanapun, Su menaruh harapan dan percaya suaminya masih hidup selain sentiasa berdoa agar ditemui dalam keadaan selamat.

Pada hari kejadian, Mohd Sukor memakai baju merah dan seluar panjang biru serta berkasut sukan menunggang motosikal jenis Modenas Kriss bernombor pendaftaran KCL196.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 011-55078603 atau memaklumkan kepada balai polis terdekat.