X

Kindly register in order to view this article
!

Banjir di Negeri Sembilan makin baik

Sebahagian perabot di sebuah rumah yang diselaputi lumpur ekoran banjir yang melanda di beberapa kawasan Simpang Durian semalam. - Foto Bernama
A
A

SEREMBAN - Situasi banjir di daerah Jelebu terus menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 38 mangsa daripada 16 keluarga pagi ini berbanding 69 orang daripada 23 keluarga semalam.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, daripada jumlah itu, 24 daripadanya adalah lelaki dan wanita dewasa manakala selebihnya adalah kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Setakat ini dua pusat pemindahan masih dibuka iaitu Balai Raya Kampung Juntai dan Masjid Kampung Jerang.

Semalam, tiga daripada lima PPS yang dibuka masing-masing pada Jumaat dan Sabtu ditutup selepas keadaan kian baik dan penduduk dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Telekong, Kampung Chennah, Kampung Juntai, Kampung Simpang Durian dan Kampung Jerang. - Bernama