Doa dari Makkah Azal buat Baby D

Abby Abadi berkongsi doa yang ditulis sendiri oleh Azal di di laman Instagramnya yang mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Abby Abadi berkongsi doa yang ditulis sendiri oleh Azal di di laman Instagramnya yang mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
A
A
A

PELAKON Abby Abadi telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama, Muhammad Danial Firman Faizal pada bulan lalu secara pembedahan namun anak lelakinya dikategorikan sebagai bayi pramatang.

Disebabkan itu, Muhammad Danial Firman atau lebih dikenali sebagai Baby D ini terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk penjagaan yang lebih rapi.

Abby sering berkongsi perkembangan bayinya itu di media sosial miliknya.

Rata-rata pengikut Abby di laman itu turut mendoakan agar anaknya sentiasa kuat dan bertahan sehingga sihat seperti bayi-bayi yang lain.

Terbaharu, menerusi laman Instagram miliknya, Abby memuat naik foto yang memaparkan kiriman doa daripada Azal, anak lelaki kepada pelakon, Zarina Zainuddin buat bayinya dari Tanah Suci Makkah.

Abby berkongsi gambar yang memaparkan sekeping kertas yang bertulis “Abby Abadi, Azal doakan semoga bayi Daniel cepat sihat dan membesar sebagai johan, Aamiin."

"Syukur, moga ALLAH makbulkan doa Azal ya agar Baby Danial cepat sihat dan membesar sebagai johan. Comel sangat doa ni.

"Insya-ALLAH, Baby D kami kuat dan akan terus bertahan. Kami yakin: Masa akan mengubati segalanya. Janji ALLAH SWT, “Setiap kepayahan pasti ada kemudahan”," tulis Abby.

Artikel Berkaitan:

Azal kini berada di Makkah bersama ibunya, Zarina bagi menunaikan ibadah umrah.
Azal kini berada di Makkah bersama ibunya, Zarina bagi menunaikan ibadah umrah.

Berkongsi lanjut, Abby bersyukur dan terharu dengan doa yang ditulis sendiri oleh Azal itu dan berharap agar doa tersebut dimakbulkan oleh ALLAH.

Gambar doa yang dimuat naik Abby itu tular di laman Instagram yang meraih 22,704 tanda suka dan rata-ratanya terharu dengan doa kiriman Azal buat bayi pra-matangnya itu.

Tulis salinasaibi “sedihnya, Insya-ALLAH semoga dimakbulkan oleh ALLAH dan kami juga sentiasa mendoakan agar Baby D akan diberikan kesihatan yang sebaiknya."

“Terharu saya tengok anak syurga seperti Azal mendoakan kesihatan Baby D dan didoakan di Makkah. Insya-ALLAH, semoga, Abby Abadi dipermudah segala urusan olehNYA,” tulis Azri Daniel di Instagram.

Antara komen netizen yang terharu dan mendoakan agar Baby D sentiasa dalam keadaan sihat serta dipermudahkan segalanya oleh ALLAH.
Antara komen netizen yang terharu dan mendoakan agar Baby D sentiasa dalam keadaan sihat serta dipermudahkan segalanya oleh ALLAH.