X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

FAMA komited jadikan Sabah hub pertanian

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
A
A

SEMPORNA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) komited untuk menjadikan kawasan selatan Sabah sebagai pusat pengeluaran kepada tiga jenis tanaman pertanian yang telah dikenalpasti.

Pengerusi FAMA Ishak Ismail berkata tiga jenis tanaman itu ialah kelapa, durian Musang King dan nanas MD2 yang berpotensi untuk diusahakan selain dilihat mampu menjadi tarikan pelancong ke daerah itu.

“Ketiga-tiga produk pertanian ini akan menjadi ‘signature product’ di daerah ini dan dengan sokongan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan selain agensi yang berkaitan, saya yakin ia bukan sahaja meningkatkan ekonomi penduduk tempatan tetapi juga sebagai produk pelancongan, katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan zakat FAMA bernilai RM157,000 kepada golongan asnaf di sini, hari ini.

Ishak berkata FAMA juga menjadikan Pulau Pababag di sini sebagai pusat pembelian buah kelapa untuk dibawa ke Semenanjung dengan jumlah belian bernilai lebih RM 140,000 pada tahun lalu.

“FAMA memilih buah kelapa kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan dan pada masa berusaha untuk mengembangkan lagi industri pertanian hiliran di kawasan ini,” katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!