Ku Muhammad Muaz graduan terbaik FIM

Ku Muhammad Muaz (tengah), menerima anugerah berkenaan pada majlis konvokesyen berkenaan.
Ku Muhammad Muaz (tengah), menerima anugerah berkenaan pada majlis konvokesyen berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Graduan Food Institute of Malaysia (FIM) Ku Muhammad Muaz Ku Mokhtar dipilih menerima Anugerah Dr Mohamed Haroon sempena Majlis Konvokesyen Ke-17 institut itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Pelajar terbaik keseluruhan itu menerima anugerah utama berkenaan selepas pencapaian cemerlang dalam akademik dan penglibatan aktif ko-kurikulum.

Ku Muhammad Muaz menerima trofi, sijil dan wang tunai RM2,000.

Pada majlis berkenaan lima pelajar terbaik turut dipilih daripada setiap kursus menerima trofi, sijil dan wang tunai RM500 setiap seorang.

Mereka ialah Muhammad Hazim Asyraf Kamarudin (Diploma Seni Kulinari), Nur Asyirah Osman (Diploma Pastri dan Bakeri), Nurul Izzati Mohd Anizam (Diploma Pengurusan Perhotelan), Qistina Vinatra Shazrymie

(Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan) dan Nurul Effa Mohd Shariffudin (Diploma Pengurusan Pelancongan)

Penyampaian diploma kepada 510 graduan Food Institute of Malaysia (FIM) disempurnakan oleh Presiden Persatuan Kulinari Profesional, Chef Mohd Kamaruddin Adnin

Majlis dirasmikan oleh Ketua Eksekutif FIM, Yusop Khan Loth Khan.

Artikel Berkaitan: