Tentera Israel cederakan 77 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza

Seorang penunjuk perasaan memegang bendera Palestin. - Foto AFP
Seorang penunjuk perasaan memegang bendera Palestin. - Foto AFP
A
A
A

BANDAR GAZA - Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan sejumlah 77 penduduk Palestin cedera, petang semalam selepas diserang tentera Israel semasa perarakan mingguan di timur Semenanjung Gaza.

Kenyataan kementerian itu menyebut, 31 daripada mangsa yang cedera terkena peluru hidup.

Sejak perhimpunan Gaza bermula pada Mac tahun lepas, lebih 320 penunjuk perasaan telah terbunuh manakala beribu-ribu lagi cedera ditembak tentera Israel yang ditempatkan berhampiran zon penampan.

Penunjuk perasaan menuntut agar Israel menamatkan sekatan selama 12 tahun ke atas Semenanjung Gaza yang telah menghancurkan ekonomi eklaf pesisir itu dan menafikan banyak keperluan asas kepada dua juta penduduknya. - Bernama

Artikel Berkaitan: