Ajal di dalam lubang kumbahan

Anggota bomba ketika mengusung mayat mangsa selepas mengeluarkannya dari kumbahan berkenaan.
Anggota bomba ketika mengusung mayat mangsa selepas mengeluarkannya dari kumbahan berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja pembersihan maut selepas terperangkap kira-kira tiga jam dalam sebuah lubang kumbahan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.49 petang.

Menurutnya, mangsa yang juga lelaki warga Indonesia berusia 32 tahun itu didapati berada di dalam lubang kumbahan ketika melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum tersangkut pada pad manhole kedua kumbahan itu.

“Operasi menyelamat mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan mangsa kerana perlu menghalang air daripada saluran kumbahan utama.

“Bomba juga mengalami sedikit kesukaran kerana ketika kejadian badan mangsa juga telah terperangkap dalam salah satu pad manhole kumbahan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suhaimi berkata, mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan kira-kira jam 10.39 malam sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian.

“Selepas menghalang air daripada masuk ke kumbahan utama, mangsa berjaya dikeluarkan dengan tali oleh pasukan penyelamat.

“Seramai sembilan anggota terlibat dalam operasi ini dengan bantuan dua jentera,” katanya.

Artikel Berkaitan: