Banjir di Pontian, Batu Pahat beransur pulih

Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di Pontian.
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di Pontian.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hanya dua daripada lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pontian masih dibuka bagi menempatkan 159 mangsa banjir dari tiga kampung terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Chon berkata, seramai 64 mangsa daripada 15 keluarga dari Kampung Melayu Batu 30 Bukit Panjang, Pekan Nanas masih berada di PPS SK Seri Bukit Panjang.

Menurutnya, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Adnan pula menempatkan 95 mangsa daripada 21 keluarga dari Kampung Maju Jaya dan Kampung Paya Embun.

Semalam tiga PPS di Madrasah Kampung Parit Basilam, Sekolah Kebangsaan ( SK) Kampung Sri Bunian dan Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai yang dibuka sejak Selasa lalu ditutup petang semalam selepas banjir surut.

Sementara itu bagi daerah Batu Pahat, seramai 39 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di Kompleks Peladang Batu Pahat, Tongkang Pechah.

"PPS di SK Sungai Kajang, Batu Pahat yang menempatkan mangsa ribut masih dibuka.

"Seramai 16 mangsa daripada tiga keluarga dari Kampung Sungai Kajang dan Kampung Bagan ditempatkan di situ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: