X

Kindly register in order to view this article
!

KDN sedia semak semula keputusan haram komik kontroversi

Muhyidin (tengah) selepas Majlis Ramah Mesra bersama semua agensi KDN di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian petang tadi.
A
A

PONTIAN - Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum menerima rayuan daripada mana-mana pihak supaya mengkaji semula keputusan mengharamkan komik Inisiatif Jalur dan Jalan: Meraih Manfaat Bersama.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya bagaimanapun tiada masalah sekiranya mana-mana pihak tampil merayu berhubung isu tersebut.

"Jika ada mana-mana pihak bercadang membuat rayuan tentang pengharaman perkara itu, saya tiada masalah untuk mendengarnya selagi ada asas kukuh untuk menyemak semula keputusan itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra bersama semua agensi KDN di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di sini petang tadi.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Alwi Ibrahim dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, setakat hari ini, KDN telah merampas sejumlah 1,250 naskhah komik tersebut.

Semalam, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa KDN mengkaji semula keputusan mengharamkan komik berkenaan.

Pada Rabu lalu, KDN telah mewartakan perintah larangan tiga penerbitan bertajuk ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ serta versi bahasa Inggeris dan Cina di bawah Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Perintah larangan terhadap komik terbabit dikeluarkan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan.

ARTIKEL BERKAITAN: KDN rampas komik propaganda