Padah tarik coli rakan sekerja

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Akibat menarik tali coli rakan sekerja wanita, seorang lelaki warganegara Nepal dijatuhi hukuman denda RM4,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Pratap Thokar, 25, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menggunakan kekerasan jenayah dan niat untuk mencabul kehormatan seorang wanita warga tempatan berusia 23 tahun dengan menarik tali coli wanita tersebut dari belakang.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kilang kek, di Taman Mayang, Kelana Jaya, di sini, pada 10 pagi, 16 Disember lalu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, tertuduh dan mangsa sama-sama sedang bekerja di bahagian kek di kilang tersebut dan tertuduh bertindak menarik tali coli mangsa selepas panggilannya tidak endahkan wanita itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan sama di masa akan datang.

"Saya mohon mahkamah mengambil kira faktor perbuatan tertuduh telah menganggu ketenteraman para pekerja di kilang tersebut, mohon satu hukuman yang setimpal," katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia hanya menarik tali coli wanita itu kerana ingin memanggilnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: