Bergesel kereta sebelum digilis lori

Mangsa maut di tempat kejadian selepas digilis lori di KM12 Lebuhraya MRR2. - Foto: IPD Gombak
Mangsa maut di tempat kejadian selepas digilis lori di KM12 Lebuhraya MRR2. - Foto: IPD Gombak
A
A
A

GOMBAK - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori jenis tipper di KM12 Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, dalam kejadian sekitar jam 4.25 petang itu, mangsa dikatakan sedang menunggang motosikal di lorong tengah menuju ke arah Gombak.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian penunggang berusia 24 tahun itu dipercayai telah bergesel dengan sebuah kereta yang berada di lorong kanan mengakibatkan dia hilang kawalan dan terjatuh di lorong tengah lebuh raya tersebut.

"Mangsa kemudiannya digilis sebuah lori yang datang dari arah belakang. Bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti jenis dan nombor pendaftaran kereta terbabit," katanya dalam satu kenyataan.

Arsad berkata, mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu untuk tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

"Lokasi itu tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: