77 premis makanan di Negeri Sembilan diarah tutup tahun ini

Keadaan sebuah premis makanan yang diarahkan tutup(sumber Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan)
Keadaan sebuah premis makanan yang diarahkan tutup(sumber Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan)
A
A
A

SEREMBAN – Sebanyak 77 buah premis makanan daripada 5,667 di seluruh negeri ini yang diperiksa Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dari Januari hingga 15 Oktober lalu diarahkan tutup.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, S Veerapan berkata, sebanyak 1,559 notis telah dikeluarkan dengan nilai kompaun yang boleh ditawarkan sebanyak RM425,650.

“Dalam operasi terbaru Rabu lalu di daerah Port Dickson, sebanyak 33 premis makanan diperiksa dan tiga daripadanya diarah tutup selama tempoh 14 hari.

Keadaan sebuah premis makanan yang diarahkan tutup(sumber Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan)
Keadaan sebuah premis makanan yang diarahkan tutup(sumber Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan)

“Sebanyak 38 notis mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) kerana tidak mematuhi amalan kebersihan diri dan makanan dengan nilai kompaun yang boleh ditawarkan sebanyak RM16,450.00,” katanya.

Selain itu katanya, sebanyak 6,662 buah premis makanan telah diperiksa tahun lalu dan 109 daripadanya telah diperintahkan ditutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Menurutnya, sebanyak 1,178 notis mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 dengan nilai kompaun yang boleh ditawarkan sejumlah RM220,200.

Artikel Berkaitan: