Jejantas runtuh: Polis sahkan 'tipper' jadi punca

Tinjauan di lokasi berlakunya kejadian melibatkan jejantas runtuh setelah dilanggar lori malam tadi.
Tinjauan di lokasi berlakunya kejadian melibatkan jejantas runtuh setelah dilanggar lori malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mengesahkan jejantas yang runtuh di Jalan Kebun berpunca daripada 'tipper' atau bahagian belakang lori yang dalam keadaan terangkat ketika melalui jejantas itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati lori terbabit bergerak ketika tipper sedang terangkat lalu tersangkut dan mengakibatkan jejantas tersebut runtuh menghempap lori tersebut.

"Kejadian mengakibatkan pemandu lori cedera parah kerana tersepit. Mangsa yang berusia 24 tahun itu juga patah tulang pinggang, patah kedua-dua kaki dan luka bahagian dada.

"Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang," katanya kepada Sinar Harian tadi.

Beliau berkata, polis telah mengarahkan majikan kepada pemandu lori itu membuat laporan dan membawa kenderaan ke Balai Trafik Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kawasan kemalangan merupakan kawasan jalan baharu dan masih lagi ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan jejantas," katanya.

Artikel Berkaitan: