Penunggang motosikal maut digilis lori

Penunggang motosikal maut di tempat kejadian selepas digilis lori. - Foto: Ihsan IPD Gombak
Penunggang motosikal maut di tempat kejadian selepas digilis lori. - Foto: Ihsan IPD Gombak
A
A
A

RAWANG - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori dalam kemalangan yang berlaku selepas susur masuk ke Plaza Tol Rawang di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 7.45 pagi itu, pembonceng motosikal berkenaan turut dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, menerusi siasatan awal pihaknya mendapati lori terlibat dipercayai telah menghimpit motosikal yang dinaiki dua mangsa terbabit menyebabkan berlakunya pergeseran.

"Berikutan itu, mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh di bahagian kiri jalan dan menyebabkan penunggang terlibat telah digilis manakala pemboncengnya pula mengalami kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut Samsor berkata, penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat pendarah teruk di bahagian kepala dan badan.

"Pembonceng motosikal pula dikatakan mengalami kecederaan parah di bahagian kaki selepas bergesel dengan lori terbabit.

"Pembonceng motosikal itu telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan selanjutnya dengan sebuah ambulans yang secara kebetulan turut melalui kawasan itu," katanya.

Artikel Berkaitan: