Kes pernafasan misteri angkara vape meningkat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

WASHINGTON - Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) semalam mengesahkan 1,604 kes penyakit pernafasan misteri dan berkemungkinan disebabkan kesan rokok elektronik atau vape.

Rekod itu termasuk satu kematian dipercayai dikaitkan dengan vaping, sekali gus menjadikan jumlah korban vape mencecah 34 orang.

Minggu lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan 1,479 kes dan 33 kematian berpunca daripada vape di 24 negeri hingga memaksa ia menjalankan siasatan ke atas kandungan rokok elektronik tersebut.

Kebanyakan mangsa dilaporkan berusia antara 17 dan 75 tahun.

Sehingga kini, penyiasat belum mengaitkan kes tersebut dengan sebarang produk atau bahan tertentu, namun ia mendakwa kandungan minyak vape tersebut mengandungi THC, sejenis bahan psikoaktif dalam ganja yang dianggap berisiko kepada kesihatan. - Agensi

Artikel Berkaitan: