Bukan salah McD, kata Permaisuri Agong

Ciapan Permaisuri Agong yang sehingga kini mendapat 10,300 ulang kicau dan 22,400 tanda suka.
Ciapan Permaisuri Agong yang sehingga kini mendapat 10,300 ulang kicau dan 22,400 tanda suka.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meminta orang ramai berhenti mengecam sebuah restoran makanan segera susulan kesilapan berhubung pesanan makanan oleh anakanda bongsu baginda, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.

"Tolong janganlah marah sangat kat McD, bukan salah mereka.

"Dalam banyak-banyak itu adalah yang terkurang, Jihan memang suka sangat makan McD, setiap hari beli McD. Nama dia pun saya sudah tukar McJihan," tulis baginda menerusi Twitter peribadi @cheminahsayang yang pantas menarik perhatian netizen hingga tular di media sosial.

Dengan memberi nama baharu buat anak bongsunya itu, baginda juga berseloroh apabila menukar ejaan nama dari McJihan kepada MekJihan.

"MekJihan pun ok juga," ciap baginda yang ternyata mencuit hati warga alam maya.

"Adoii, tersembur gelak baca tweet (ciapan) ni, hahahaha. Mamanya nukor (tukar) nama si ku bongsu, hahaha," ciap @akutaktahulah

Kata @quratull_sofi pula, "Alahai tengku @jihanabdullah27 dah tukar nama jadi Tengku McJihan. Pandai bondanya buat lawak," tulisnya.

Pada hantaran sama, tulis @syazwanyrahim, "Ampun tuanku, yang ni lawak. Baru nak marah McDMalaysia, baca tweet tuanku terus tak jadi marah, terus gelak, hihihi."

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, perkongsian status Twitter Permaisuri Agong setakat ini mendapat 10,300 ulang kicau dan 22,400 tanda suka.

Dalam pada itu, Tengku Tengku Puteri Jihan dalam nada guraunya turut memuat naik gambar MCJihan hasil kreativiti netizen di Twitter peribadinya dengan status, "Hanya di Pahang dan jemput datang".

Paparan Twitter Tengku Puteri Jihan.
Paparan Twitter Tengku Puteri Jihan.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan luahan Tengku Puteri Jihan apabila membeli burger di sebuah restoran makanan segera, namun apa yang diterimanya hanya semata-mata roti dan keju, tiada daging serta sayuran.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesan burger keju, betul-betul dapat keju dan roti saja