X

Kindly register in order to view this article
!

Dadah bernilai RM50,740 dirampas di Miri

Gambar hiasan
A
A

MIRI - Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas dadah disyaki syabu bernilai RM50,740 dalam satu serbuan di pekan Batu Niah di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, suspek berusia 21 tahun itu ditahan dalam serbuan jam 10.20 malam ketika berada dalam kereta Proton Pesona di belakang sebuah kedai di pekan itu.

Menurutnya, ketika ditahan, suspek membuang satu plastik hitam mengandungi dadah ke tepi jalan raya.

“Pemeriksaan lanjut mendapati di dalam plastik hitam tersebut mengandungi lima peket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 253.7gram,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, suspek yang ditahan dipercayai bergiat aktif dalam pengedaran dadah selama setahun dengan kawasan pengedaran di sekitar pekan Batu Niah, Simpang Ngu dan kawasan bandar raya Miri.

"Suspek yang bertindak sebagai ‘runner’ sahaja yang mendapat upah bulanan mengedar dadah, peroleh bekalan dadah tersebut daripada pembekal di bandar raya Miri dan dia ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 - Bernama