Zainal Kling hadir beri keterangan di Bukit Aman

Zainal telah selesai merakam percakapan di Bukit Aman.
Zainal telah selesai merakam percakapan di Bukit Aman.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Eksekutif Kongres Maruah Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling telah tampil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, tadi bagi merakam percakapan berhubung kenyataannya dalam program tersebut.

Turut hadir merakam percakapan adalah Pengarah Pusat Kecemerlangan Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Hashim Ismail sebagai penganjur acara itu.

Dua individu itu tiba pada jam 10 pagi bersama peguam mereka, Muhamad Hisham Marzuki.

Hashim dan Zainal mengelak daripada ditemubual media setelah rakaman percakapan mereka selesai pada jam 1 petang.

Muhamad Hisham berkata, anak guamnya telah memberi kerjasama kepada pihak polis ketika proses rakaman percakapan itu.

"Dua pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah merakam percakapan anak guam saya, kami yakin pihak polis telah menjalankan siasatan dengan baik dalam kes ini," katanya ketika ditemui media, di sini tadi.

Zainal membuka tirai kongres yang berlangsung di Stadium Malawati pada 6 Oktober lalu dengan beberapa kenyataan keras yang menyentuh isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan raja-raja dan juga kedudukan istimewa orang Melayu.

Rabu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed memaklumkan polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: