Ketua Menteri Melaka nafi wujud 'kerajaan pintu belakang'

Adly Zahari
Adly Zahari
A
A
A

MELAKA TENGAH - Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menafikan wujud perancangan membentuk 'kerajaan pintu belakang' di negeri ini.

Adly berkata, setakat ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih kekal utuh dan tiada sebarang gangguan di Melaka dalam meneruskan agenda-agenda dibawa oleh PH.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan terdapat perbezaan pendapat serta pandangan dalam menguruskan kerajaan sejak akhir-akhir ini, namun tidak sehingga di tahap kronik.

"Saya fikir, mungkin di peringkat nasional, Majlis Presiden Pakatan Harapan boleh menyelesaikan isu-isu berbangkit dan jika ada perkara berbangkit di peringkat negeri, kita juga akan selesaikan Pakatan Harapan di peringkat negeri.

"Setakat ini kita (Melaka) tidak bincang lagi dan tidak ada isu-isu berbangkit cuma desas-desus itu pelbagai," katanya ketika sidang akhbar mesyuarat Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita menyiarkan kerajaan Melaka sedang merancang untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan pimpinan Ketua Menteri, Adly Zahari.

Artikel Berkaitan: