Raja Perlis terima kunjungan hormat Duta Besar Malaysia ke Sepanyol

Akmal (kiri) merakamkan kenangan bersama Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan isteri, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Istana Perlis Kuala Lumpur, semalam.
Akmal (kiri) merakamkan kenangan bersama Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan isteri, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Istana Perlis Kuala Lumpur, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap hormat oleh Duta Besar Malaysia ke Sepanyol yang baharu, Akmal Che Mustafa di Istana Perlis Kuala Lumpur, malam tadi.

Akmal, 47, yang berasal dari Perlis pernah berkhidmat di perwakilan diplomatik Malaysia di Santiago De Chile, Bucharest dan Manila sebelum ini.

Jawatan terkini beliau sebelum ke Madrid ialah Setiausaha Bahagian (Inspektorat) di Wisma Putra dan dijadualkan terbang ke Madrid pada penghujung bulan ini.

Artikel Berkaitan: