Kuda pun pandai 'berlakon'

Jingang akan merebahkan diri dan berpura-pura mati setiap kali seseorang cuba untuk menunggangnya. - Foto Frasisco Zalasar
Jingang akan merebahkan diri dan berpura-pura mati setiap kali seseorang cuba untuk menunggangnya. - Foto Frasisco Zalasar
A
A
A

SEOUL - Bukan biasa-biasa, begitulah ungkapan sesuai untuk seekor kuda di Korea Selatan bernama Jingang yang mempunyai bakat 'berlakon'.

Pemiliknya berkata, Jingang akan merebahkan badan dan berpura-pura mati setiap kali seseorang cuba menunggangnya.

'Lakonan' Jingang juga adakalanya kelihatan dramatik apabila ia menjelirkan lidah dan mengangkat kakinya ke udara.

Menurut seorang pelatih yang cuba mengajar Jingang cara membawa pengunjung bersiar-siar di sekitar kawasan ladang luar bandar tempat ia tinggal, aksi kuda itu comel tapi adakalanya sedikit nakal.

"Jingang akan segera merebahkan diri setiap kali seseorang datang menghampiri dan cuba menunggangnya," kata pelatih itu.

Lakonan dramatik Jingang mencuit hati warganet. - Foto Frasisco Zalasar
Lakonan dramatik Jingang mencuit hati warganet. - Foto Frasisco Zalasar

Rakaman video memaparkan telatah kuda pintar itu mula mendapat perhatian setelah dikongsi oleh Kritter Klub di YouTube dan kemudian dikongsi di Facebook oleh Frasisco Zalasar.

"Ia bukannya pemalas sebaliknya ia kuda yang pintar. Mengapa perlu membawa beban yang berat sedangkan ia boleh mengelak berbuat demikian," komen seorang netizen yang menonton video terbabit.

Artikel Berkaitan:

Video tular tersebut dilaporkan menerima lebih 23 juta tontonan setakat ini. - Agensi