Perangai graduan universiti pada majlis konvokesyen

Paparan video graduan doktor UM melakukan #UniformChallenge yang kini tular di media sosial.
Paparan video graduan doktor UM melakukan #UniformChallenge yang kini tular di media sosial.
A
A
A

SEJAK minggu lepas musim konvokesyen universiti sudah bermula dan bagi mahasiswa yang tamat belajar ia adalah majlis paling keramat yang dinantikan bagi meraikan penat lelah menuntut ilmu bertahun-tahun!

Baru-baru ini, video 20 doktor muda dari Universiti Malaya (UM) meraikan majlis konvokesyen mereka dengan meletakkan #UniformChallenge tular di media sosial.

Dua video tersebut dikongsi salah seorang daripada mereka dikenali sebagai Abdul Kadir Shah di Twitternya.

Video itu memaparkan kira-kira 20 lelaki kacak dan berjubah putih bersama stetoskop berjalan mengikut rentak muzik sebelum menukar pakaian istiadat jubah konvokesyen dan berakhir dengan pakaian seragam ke dewan bedah iaitu simbolik mereka berjaya mencapai cita-cita.

Namun, bertempat di universiti yang sama, seorang graduan jadi tumpuan apabila menunjukkan tanda protes sejurus menerima skrol ijazah sarjana muda.

Graduan berusia 23 tahun itu, Wong Yan Ke membawa plakad ke dalam Dewan Tunku Canselor UM bagi mendesak naib canselor universiti itu meletak jawatan.

Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak beradab.

Nasib dia agak baik apabila pihak universiti menegaskan ia tidak menahan skrol dan transkrip akademik atau menarik balik ijazah graduan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Masih ingatkah kisah graduan jurusan Diploma Fotografi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi yang teruja untuk berswafoto di pentas ketika Istiadat Konvokesyen UiTM ke-82 empat tahun lalu.

Akibatnya, Muhammad Hasrul digantung skrol kerana dianggap tidak menghormati etika majlis konvokesyen.

Selepas ini, semua mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian, ingatlah jangan jadikan pentas konvokesyen sebagai pentas protes kerana hari istimewa itu milik semua graduan dan ibu bapa untuk bergembira.