YB bercakar, rakyat memerhati

No Image Caption
A
A
A

BUKAN sekali media melaporkan pergeseran dalam kalangan pemimpin baik daripada Pakatan Harapan (PH) mahupun parti pembangkang yang lain.

Kalaupun tidak dilaporkan di media, ada di antara pemimpin-pemimpin ini bergaduh dan saling menyindir di media sosial secara terbuka serta disaksikan oleh rakyat jelata.

Entah apalah yang YB (Yang Berhormat) ingin pamerkan kepada pengikut, penyokong ataupun pengundi yang pernah memilih mereka itu.

Terbaru, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu dalam satu wawancara bersama sebuah media tempatan menyatakan gabungan PH kukuh sebagai kerajaan walaupun tanpa parti Bersatu. Dalam kenyataan itu, beliau turut mempersoalkan pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima bekas ahli politik UMNO sebagai ahli Bersatu dan kegagalan Dr Mahathir menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekoran kenyataan pedas itu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan kenyataan Ronnie Liu tidak menghormati keharmonian di antara parti dalam PH.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan memberi masa seminggu untuk Ronnie Liu untuk memohon maaf atau pimpinan DAP perlu disiplinkan beliau.Tampil menjernihkan keadaan, Setiausaha Organisasi nasional DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya akan merujuk Ronnie Liu kepada Majlis Presiden PH berhubung kenyataan sensasi tersebut.Baru-baru ini, panas pula isu penerbitan komik yang didakwa berunsur propaganda yang diedarkan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan di Malaysia.

Sebaik kontroversi itu tercetus, ada beberapa pemimpin DAP antaranya Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Mahdzir Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman mengkritik komik berkenaan.

Pada masa sama, seramai 43 pemimpin akar umbi termasuk ADUN DAP membantah pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang melarang pengedaran komik itu di sekolah.

Artikel Berkaitan:

Pada masa-masa kecederaan ini, YB-YB wajar selesaikan segala kemelut dan berhenti bercakaran.

Rakyat mahu pemimpin yang bijak mengurus tadbir negara, mengembalikan kestabilan ekonomi dan paling penting menjaga kebajikan mereka.