X

Kindly register in order to view this article
!

Kanak-kanak ditemukan tinggal bersama 245 haiwan

Keadaan di dalam rumah yang berbau busuk kerana turut menempatkan 245 haiwan.
A
A

EDGEWATER - Sepasang suami isteri dan seorang wanita didakwa atas kesalahan mendera kanak-kanak dan melakukan kekejaman terhadap haiwan selepas pegawai polis di Florida menemui tiga kanak-kanak dan 245 haiwan dalam satu rumah.

Menurut polis di bandar Edgewater, Timur Orlando, ketika pemeriksaan kebajikan dilakukan, pihak berkuasa mendapati 83 tikus, landak, tujuh sugar glider dan anjing, telah mati di rumah tersebut.

"Ia terbukti dengan jelas bahawa kanak-kanak dan haiwan tidak dijaga dengan betul," kata polis.

Greg Nelson, isterinya, Susan Nelson, 43, dan teman wanita Greg, Melissa Hamilton ditahan atas kesalahan itu.

The Washington Post melaporkan, polis menemui tiga kanak-kanak perempuan berusia bawah 10 tahun dan 245 ekor haiwan termasuk anjing, sugar glider, burung, landak dan tikus.

Anjing juga antara binatang peliharaan keluarga berkenaan.
Anjing juga antara binatang peliharaan keluarga berkenaan.

"Apabila memasuki rumah itu bau sangat busuk dan lantai dipenuhi najis haiwan malah ada juga yang telah mati.

"Sesiapa sahaja tidak boleh tinggal di rumah ini kerana sangat tidak selesa dengan lalat berterbangan serta bau busuk," kata polis.

Terdapat juga beberapa haiwan ditempatkan di dalam sangkar dan badannya sangat kurus kerana tidak diberi makan.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Haiwan Edgewater telah membawa haiwan berkenaan ke tempat perlindungan bagi menerima rawatan manakala tiga kanak-kanak itu ditempatkan di bawah ahli keluarga lain buat sementara waktu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf