X

Kindly register in order to view this article
!

Syafie Naswip syukur tiada kes

Foto Instagram Syafie Naswip.
A
A

PELAKON berbakat besar, Syafie Naswip bersyukur apabila dimaklumkan pihak pendakwa raya membuat keputusan kes mendatangkan kecederaan dan mengugut bekas tunangnya, Aishah Azman adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi.

"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dengan keputusan siasatan yang dibuat dengan penuh telus oleh pihak berwajib.

"Sekurang-kurangnya ia telah membuktikan segala tuduhan yang dibuat ke atas saya adalah tidak benar dan saya berterima kasih dengan doa semua," kata Syafie kepada Gempak.

Aishah dalam laporan polis yang dibuat sebelum ini membuat tuduhan bahawa bekas tunangnya, Syafie Naswip memukulnya.

Gempak turut menghubungi peguam Syafie, iaitu Muhammad Ashraff Mohd Diah daripada Ashraff Al-Hizan & Associates untuk mendapatkan komen beliau.

"Alhamdulillah pihak polis yang menyiasat kes berkenaan telah memaklumkan kepada pihak kami secara bertulis bahawa siasatan telah pun dijalankan dan hasil siasatan tersebut telah dibawa kepada pendakwaraya.

Pihak pendakwaraya kemudiannya telah meneliti kertas siasatan tersebut dan telah membuat arahan agar Tiada Tindakan Lanjut (No Further Action) ke atas kes ini memandangkan tiada keterangan yang mencukupi untuk menuduh Syafie berkenaan aduan tersebut," kata Ashraff.

Syafie berterima kasih kepada keluarga serta peminat yang tidak putus-putus menghantar kata-kata semangat melalui WhatsApp dan komen di media sosial.

"Betullah pesan dan ingatan mak setiap masa pada Ayie, doa orang yang teraniaya memang tiada hijabnya. Dan itulah yang Ayie doakan setiap masa.

"Saya rasa sangat lega dengan keputusan yang diberitahu oleh pihak peguam, tapi tidaklah sampai nak melompat," seloroh Syafie.

Syafie Naswip bertunang dengan Aishah Azman pada 7 April tahun ini tetapi mengambil keputusan memutuskan pertunangan pada 21 Julai lalu.