Itu gambar lama: Mohd Rafiq

Antara gambar yang tular di media sosial.
Antara gambar yang tular di media sosial.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti PribumiBersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menafikan gambar yang tular di media sosial berhubung insiden menurunkan papan tanda DAP Melaka adalah kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Mohd Rafiq berkata, gambar berkenaan sudah lama iaitu ketika pemerintahan kerajaan terdahulu dan beliau memegang jawatan sebagai Exco Pemuda UMNO.

"Tidak sahih, itu gambar dan berita palsu, gambar lama zaman 20-an ketika saya masih sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp mesej serta gambar sekumpulan pemuda yang diketuai Ahli Majlis Pimpinan Bersatu, Mohd Rafiq menurunkan papan tanda DAP Melaka dan dituruti membakar bendera DAP di hadapan bangunan milik DAP Melaka.

Semalam, Mohd Rafiq yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka mengeluarkan kenyataan bahawa Bersatu perlu mengkaji kerjasama politik dengan DAP jika pemimpin DAP berterusan menyerang parti itu di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri sekali gus menggores perasan orang Melayu dan umat Islam.

Artikel Berkaitan: