Atlet renang muda Sarawak ditemui mati

Ayrton Lim
Ayrton Lim
A
A
A
KUCHING - Seorang atlet renang muda Sarawak yang dipercayai mengalami kemurungan ditemui mati oleh ibunya di kediaman mereka di Tabuan Laru di sini tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, mangsa dikenali sebagai Ayrton Lim, 19, didapati tidak sedarkan diri di bahagian ruang ramu rumahnya.

“Pasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Menurut ibu mangsa, mangsa mengalami kemurungan Sejak tiga hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Awang Din berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah selepas dipercayai menggantung diri.

Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana menjemput adiknya pulang dari sekolah.

Mangsa sebelum ini pernah mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (Sukma) dan dikatakan baharu pulang menjalani latihan di Singapura.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Suara Sarawak
Artikel Berkaitan: