KPP akan realisasikan konsep Hanruh

Mohamad Sabu bersama Abdul Hamid ketika hadir pada Dialog Perwira 4 - Sesi Dialog Kertas Putih Pertahanan - Masyarakat Sivil dan Veteran hari ini. - Foto: Bernama


Mohamad Sabu bersama Abdul Hamid ketika hadir pada Dialog Perwira 4 - Sesi Dialog Kertas Putih Pertahanan - Masyarakat Sivil dan Veteran hari ini. - Foto: Bernama 

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kertas Putih Pertahanan (KPP) akan merealisasikan Pertahanan Menyeluruh (Hanruh) negara yang akan melibatkan semua pihak.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, komitmen baharu kerajaan itu bukan sahaja tertumpu kepada anggota tentera tetapi juga merangkumi semua lapisan rakyat pelbagai latar belakang termasuk golongan veteran tentera.

Menurutnya, seiring dengan perubahan zaman, kaedah dan formula pertahanan lama sudah semakin lapuk dan tidak berkesan.

"Jadi kita (Kementerian Pertahanan) melalui kertas putih ini kita hendak meminta penglibatan semua rakyat dalam pertahanan negara.

"Seperti kita memerangi komunis, maka rakyat sama turut terlibat menolak ideologi dan tidak menyokong kumpulan mereka yang ingin ambil alih pemerintahan melalui kekerasan.

"Jadi penglibatan rakyat itulah yang ditekankan dalam KPP di samping persediaan ke atas tentera, persenjataan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sebaik selesai memberi ucaptama Dialog Perwira Siri Empat -Dialog KPP: Pertanana Negara di Hotel Park Royal di sini hari ini

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS), Noor Hisham Rosle dan tetamu kenamaan lain.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Sabu (duduk, tengah) bergambar semasa hadir pada Dialog Perwira 4 - Sesi Dialog Kertas Putih Pertahanan - Masyarakat Sivil dan Veteran hari ini. - Foto Bernama


Mohamad Sabu (duduk, tengah) bergambar semasa hadir pada Dialog Perwira 4 - Sesi Dialog Kertas Putih Pertahanan - Masyarakat Sivil dan Veteran hari ini. - Foto Bernama 


Mengulas lanjut mengenai KPP yang akan dibentangkan di Parlimen awal Disember ini, Mohamad berkata, draf awal kertas putih itu telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, dalam sesi dialog siri empat yang berlangsung hari ini juga dijangka tidak akan melibatkan banyak perubahan kepada draf sedia ada.

"Barangkali tidak banyak perkara baharu (yang akan diputuskan pada sesi dialog siri empat). Mungkin penekanan yang akan disusun melibatkan idea-idea baharu daripada veteran (tentera) yang dilibatkan hari ini," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Mohamad turut memberitahu antara perkara yang telah diluluskan dalam KPP adalah pertahanan yang akan datang dalam bentuk moden terutamanya dalam mewujudkan 'Smart Army'.

"Smart Army ini adalah seorang tentera ia mampu untuk mengendalikan alat siber termasuklah komputer dan sebagainya," katanya.