Pengantin hilang pendengaran selepas terjatuh

Kemalangan berlaku beberapa jam selepas mangsa melangsungkan perkahwinan. Foto kanan: Mallon terjatuh dari tangga berketinggian 3.7 meter.
Kemalangan berlaku beberapa jam selepas mangsa melangsungkan perkahwinan. Foto kanan: Mallon terjatuh dari tangga berketinggian 3.7 meter.
A
A
A

EDINBURGH - Seorang pengantin lelaki pekak sebelah telinga dan hilang deria rasa atau bau selepas terjatuh dari ketinggian 3.7 meter pada malam perkahwinannya.

Kemalangan yang menimpa Chris Mallon, 49, berlaku di Macdonald Houston House, Uphall di Scotland hanya beberapa jam selepas mangsa berkahwin dengan pasangannya Avril, 43, pada Jun lalu.

Ketika kejadian, Mallon membantu porter hotel membawa hadiah perkahwinan ke suite bulan madunya sebelum kakinya tersadung dan terjatuh dari tangga.

Akibat kejadian itu, dia mengalami patah tulang antaranya di bahagian tengkorak, tulang belakang, bahu, tangan kanan dan lebam pada jantung serta paru-paru.

Pengantin baharu itu berada dalam keadaan koma selama lapan hari.

Doktor pakar juga telah mengesahkan Mallon hilang deria rasa dan bau selain telinga kirinya tidak akan dapat mendengar.

"Sangat sukar apabila ingin menikmati makanan kegemaran tetapi tidak boleh rasa apa-apa. Bagaimanapun saya bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk hidup," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: