X

Kindly register in order to view this article
!

Raja perlu jadi pengimbang kepada kerajaan

Jufitri Joha - Foto ihsan DBP
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha menyarankan agar institusi diraja menjadi pengimbang dalam ekosistem politik negara.

Menurutnya, anak muda kini bosan dengan suasana politik semasa yang melibatkan kerajaan dan pembangkang, jadi mereka memerlukan suara ketiga.

"Apabila ada pihak atau institusi ketiga yang mengimbang, akhirnya anak muda akan pilih institusi raja untuk bergantung dan mengadu.

"Mungkin raja-raja muda juga boleh adakan sesi bersama anak muda bagi mendekati dan memberi perhatian kepada kumpulan ini," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai panelis pada Seminar Diraja keenam (Siraj VI) dengan tema Sistem Beraja: Antara Realiti Dengan Harapan yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Seminar Diraja keenam (Siraj VI) dengan tema Sistem Beraja: Antara Realiti Dengan Harapan yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini.
Seminar Diraja keenam (Siraj VI) dengan tema Sistem Beraja: Antara Realiti Dengan Harapan yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini.

Terdahulu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail berkenan berangkat hadir merasmikan Siraj VI diiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Dalam pada itu, Jufitri turut mencadangkan satu saluran sah diwujudkan khusus untuk anak muda dan rakyat memberi komentar, kritikan atau nasihat selama berada dalam lingkungan adab dan berfakta.

"Mesti ada saluran untuk anak-anak muda suarakan pandangan daripada mereka menjadi panglima papan kekunci," katanya.

Antara panelis lain yang hadir, Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Sim Chee Keong dan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus