Komik kontroversi: ‘Superman Hew’ letak jawatan dalam JBC

Hew Kuan Yau
Hew Kuan Yau
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas aktivis DAP, Dr Hew Kuan Yau atau dikenali sebagai ‘Superman Hew’ meletak jawatan sebagai Eksekutif Majlis Perniagaan Bersama China-Malaysia (JBC) berkuatkuasa hari ini.

Keputusan itu diambil selepas bantahan berterusan terhadap komik kontroversi tulisannya bertajuk Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama.

“Untuk memastikan kelancaran operasi JBC, saya telah mengemukakan peletakan jawatan saya kepada Pengerusi Majlis, Tan Kok Wai dengan serta merta dan keputusan saya adalah muktamad,” kata Kuan Yau melalui kenyataan hari ini.

Kuan Yau berkata, sepanjang tempoh lapan bulan menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), beliau mengabdikan diri mengukuhkan ekonomi dan perdagangan, mempromosikan hubungan antara rakyat dengan pertukaran budaya antara Malaysia dan China melalui program ‘Belt and Road Initiative’.

“Niat saya adalah untuk membuka lebih banyak sumber bagi menjadikan Malaysia sebuah negara moden kerana negara sebelum ini dihantui oleh kleptokrasi kerajaan terdahulu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Komik propaganda dilarang di Malaysia: KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan semalam berkata, warta perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Penerbitan tersebut dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan dan menggemparkan fikiran orang ramai.

semalam, polis merakam keterangan empat individu termasuk Kuan Yau di Bukit Aman berhubung penerbitan komik berkenaan.

Artikel Berkaitan: