Pejabat syarikat pakaian dalam milik Jho Low akan dilelong

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pejabat syarikat pakaian dalam milik ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low di London iaitu Myla akan dilelong.

Tindakan yang diambil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat itu dipercayai bagi mendapatkan semula wang yang didakwa diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia adalah antara beberapa rangkaian aset yang disenaraikan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam saman perlucutan sivil bernilai AS$1 bilion (RM4.18 bilion) pada 2016.

Memetik Malaysiakini, berdasarkan dokumen pemfailan mahkamah bertarikh 23 Oktober itu, DOJ mencadangkan arahan perintah penangguhan ke atas beberapa hartanah yang terletak di Stratton Street di daerah mewah Mayfair ditarik balik untuk membolehkan penjualan.

Bloomberg hari ini juga melaporkan, hartanah itu termasuk bangunan pejabat yang dilaporkan dibeli pada 2014 pada harga £42 juta (RM227 juta).

Sebelum ini, Jho Low meletak jawatan sebagai pengarah Myla pada November 2014.

Syarikat itu dilaporkan mengalami kerugian £7.59 juta (RM41.03) pada 2015.

Artikel Berkaitan: