X

Kindly register in order to view this article
!

Polis tambah anggota kekang jenayah seluk saku sempena Deepavali

Shamsul Amar (dua dari kiri) berkunjung ke salah sebuah premis perniagaan.
A
A

KLANG - Polis Daerah Klang Selatan akan meningkatkan kawalan keselamatan khususnya rondaan sebagai usaha pencegahan jenayah terutama di premis perniagaan di Jalan Tengku Kelana, di sini sempena sambutan perayaan Deepavali.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kes jenayah seluk saku di kawasan itu.

“Kita sedia maklum berhubung insiden jenayah seluk saku yang berlaku di kawasan ini.

“Kita juga perlu memberi keutamaan dalam konteks keselamatan pengunjung yang membeli-belah di sekitar kawasan ini dengan menugaskan anggota beruniform dan tidak beruniform sejak 19 Oktober lalu sehingga Ahad ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas ‘walkabout’ di Jalan Tengku Kelana, di sini tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Superintendan Rahmat Ariffin dan Pengerusi Persatuan Usahawan Little India Klang, Charles Manickam.

Shamsul Amar berkata, Skuad Aman Wanita (Amanita) juga akan berjumpa pengunjung wanita untuk berkongsi tip pencegahan jenayah.

Beliau berkata, Jalan Tengku Kelana akan ditutup sementara pada Sabtu ini bagi memberi keselesaan kepada orang awam kerana menjangkakan berlaku pertambahan pengunjung.

" Jumlah anggota polis juga akan ditambah pada malam tersebut untuk memantau keselamatan pengunjung.

“Sebuah balai polis bergerak akan ditempatkan di hujung jalan ini bagi memudahkan orang awam melaporkan kes jenayah atau mahu mendapatkan pertolongan anggota polis,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!