3 warga Thailand dipenjara, sebat kerana miliki pistol

Bungsak, A-Noosara dan Santee dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.
Bungsak, A-Noosara dan Santee dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.
A
A
A
KOTA BHARU - Tiga warga Thailand termasuk sepasang suami isteri yang berlindung di negara ini dijatuhi hukuman penjara satu hingga lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana memiliki pistol dan peluru.

Bungsak Krempek, 24, dan isteri, A-Noosara Toseng, 20, serta sepupu Bungsak, Santee A Wae, 40, turut dijatuhi hukuman enam sebatan terhadap dua pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka.

Mereka didakwa bersama-sama memiliki 150 butir dan tiga pucuk pistol termasuk sepucuk berjenama Smith & Wesson di sebuah rumah di Jalan MDKB, Ketereh di sini pada jam 2.30 pagi 3 Februari lalu.

Kotak mengandungi senjata api dan peluru milik tertuduh dibawa keluar dari mahkamah.
Kotak mengandungi senjata api dan peluru milik tertuduh dibawa keluar dari mahkamah.

Bagi kesalahan memiliki senjata api, Bungsak dihukum penjara lapan tahun dan enam sebatan, A-Noosara dihukum penjara setahun, manakala Santee A dihukum penjara setahun dan enam sebatan.

Sementara, bagi kesalahan memiliki peluru, Bungsak dihukum penjara lima tahun, A-Noosara dan Santee masing-masing dihukum penjara setahun.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin memerintahkan hukuman dijalankan serentak.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arshad manakala ketiga-tiga mereka diwakili peguam bela, Mohd Hazrin Alif Wahab.

Artikel Berkaitan: