Taska di tempat kerja galak wanita kembali aktif

Cai Tung (tiga,kanan) berbual dengan peserta program selepas merasmikan 'Young Women Bootcamp 2019' di UTM, Skudai, hari ini.
Cai Tung (tiga,kanan) berbual dengan peserta program selepas merasmikan 'Young Women Bootcamp 2019' di UTM, Skudai, hari ini.
A
A
A

SKUDAI - Kerajaan Negeri Johor kini sedang merancang menyediakan taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja bagi menggalakkan golongan wanita yang berkebolehan kembali bekerja.

Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung berkata, taska juga memudahkan bapa kanak-kanak terbabit.

"Kemudahan ini sangat penting bagi memudahkan kaum wanita supaya tidak terperangkap dalam keluarga dengan tidak bekerja," katanya selepas merasmikan 'Young Women Bootcamp 2019' di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hari ini.

Beliau juga bimbang mengenai peningkatan peratusan wanita yang tidak bekerja selepas menamatkan pengajian di universiti.

"Menurut statistik, lebih 50 peratus wanita belajar di universiti tetapi kadar itu jauh lebih rendah dalam bidang pekerjaan.

"Ini menunjukkan kita mempunyai ramai wanita berkebolehan tetapi tidak dapat menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.

Beliau turut memuji program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Johor dengan kerjasama UTM kerana dapat memupuk kepimpinan wanita muda dalam pelbagai bidang.

"Sangat penting untuk JPW dan UTM memberi semangat kepada wanita muda sejajar dasar wanita serta hala tuju kementerian dalam mencapai sasaran 30 peratus wanita berada di peringkat tertinggi sektor awam dan swasta.

Artikel Berkaitan:

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program termasuk keusahawanan teknologi maklumat, kepimpinan, model bisnes dan ceramah bagi memupuk kepimpinan dalam kalangan peserta.