Bekas Timbalan Pengarah AADK meninggal dunia

Allahyarham Dr Mahmood
Allahyarham Dr Mahmood
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Prof Datuk Dr Mahmood Nazar Mohamad,58, meninggal dunia di Hospital Shah Alam pada jam 4.30 pagi tadi akibat penyakit leukemia tahap empat.

Menurut adiknya, Iskandar Nazar Mohamad, 56, Allahyarham sebelum ini dilihat semakin pulih dan turut dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani rawatan pada minggu lalu ekoran daripada penyakit yang dihadapinya itu.

Namun begitu, Iskandar berkata keadaan Allahyarham kembali tenat sejak dua hari lepas dan doktor mengesahkan bahawa paru-parunya dijangkiti kuman selepas menjalani rawatan tersebut.

"Sebelum ini Allahyarham dalam keadaan baik dan mampu untuk bercakap selepas menjalani rawatan namun dia dimasukkan semula ke hospital setelah mengadu sesak nafas.

"Doktor turut mengesahkan terdapat jangkitan kuman di paru-parunya dan Allahyarham kemudian menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarga lain pagi tadi," katanya.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dibawa ke Surau Al Mawaddah Seksyen 7 untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Zohor.

Selain berkhidmat bersama AADK selama lima tahun, Allahyarham juga pernah menjawat sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Timbalan Presiden di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS).

Artikel Berkaitan: