'Pura-pura sakit untuk minta sedekah'

Paparan seorang lelaki berlakon menjadi peminta sedekah tular di media sosial.
Paparan seorang lelaki berlakon menjadi peminta sedekah tular di media sosial.
A
A
A

SEBERANG JAYA - Kehadiran peminta sedekah di ibu kota nampaknya semakin menjadi-jadi dan isu ini menjadi kudis buat negeri ini walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan.

Mereka (peminta sedekah) berasakan ia cara cepat untuk mendapatkan wang sehingga ada yang sanggup berlakon sakit dan sebagainya.

Baru-baru ini, satu rakaman video dimuat naik di Instagram memaparkan seorang lelaki sanggup berlakon memakai tongkat semata-mata untuk meminta sedekah tular di media sosial.

Video durasi 1 minit 51 saat itu mendapat kecaman daripada netizen.

Menerusi entri, lelaki itu sering dilihat di sebuah pusat membeli belah di Seberang Jaya malah meminta sedekah di hadapan sebuah bank.

"Orang masuk, keluar bank, dia cakap 'dik, kasi RM5 ringgit dik saya belum makan...'

"Lama dah aku nak rakam tapi tak dapat, dia boleh jalan elok saja, depan orang dia buat capik... Nah orang tolong rakam," tulis Samad alpacino.

Menerusi video itu, lelaki memakai topi, berbaju t-shirt lusuh dan berseluar pendek keluar dari sebuah kereta dengan memakai tongkat.

Artikel Berkaitan:

Kemudian dia membuka bonet hadapan keretanya dibantu seorang rakan sebelum meletakkan semula tongkat yang dipegang di sisi keretanya.

Lebih mengejutkan lelaki itu boleh berdiri dan berjalan seperti lelaki normal yang lain dan terus memeriksa kereta tersebut.

Rata-rata netizen yang menonton video itu terus mengecam tindakan lelaki itu yang menipu duit orang ramai dengan berpura-pura sakit.

"Sempurna sifat tapi malas berusaha," tulis @qlsyrsyd.twin

Kata alynn_jffry, "Banyak kali terserempak dengan pakcik ni, tapi minta maaf saya bukan jenis mudah kena tipu. Nak kata tiada daya untuk bekerja, elok je badan sihat tapi malas."

LINK INSTAGRAM