Bunuh, kerat lapan: Warga Singapura berdepan hukuman mati

Tertuduh didakwa mmebunuh isteri dan anak tirinya.
Tertuduh didakwa mmebunuh isteri dan anak tirinya.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh isteri dan anak tiri di sebuah rumah di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, pada 6 Oktober lalu.

Shahrul Nizam Zuraimy, 31, mengangguk faham selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Norfazera Bidin,27, dan Muhammad Iman Ashraf Abdullah, 11, di antara jam 9 malam hingga 1 pagi di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, 10 Oktober lalu.

Shahrul Nizam berbaju hitam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, kira-kira 20 orang pengamal media pelbagai agensi memenuhi pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi.

Turut kelihatan di galeri awam, ibu mertua tertuduh, Fatimah Latif, 61 ditemani dua anaknya, Norliza dan Munirah Bidin selain menantunya.

Shahrul Nizam diiringi anggota polis selepas keluar dari Mahkamah Majistret Ayer keroh, di sini, hari ini.
Shahrul Nizam diiringi anggota polis selepas keluar dari Mahkamah Majistret Ayer keroh, di sini, hari ini.

Shahrul Nizam yang berada di dalam kandang tertuduh sesekali memandang ke arah Fatimah dan hanya tunduk sepanjang prosiding itu.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Najwa Nazari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 16 Disember depan untuk sebutan semula kes dan laporan bedah siasat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan melaporkan sekurang-kurangnya lapan bahagian anggota badan manusia dipercayai milik lebih seorang individu yang dibuang ke dalam semak di Kampung Ladang, Krubong.

Ekoran itu, polis menahan seorang lelaki warga Singapura yang merupakan suami mangsa bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 Kanun keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes kerat lapan: Kepala dua beranak atas siling