Serah dana Tabung Surawati kepada waris

Dr Azam menyampaikan bantuan kepada waris Allahyarham Surawati Mohd di Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, Marang, Terengganu pada 19 Oktober lalu.
A
A

SHAH ALAM - Bahagian Perhubungan Alumni dan Jabatan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyampaikan dana berjumlah RM14,637.85 kepada waris Allahyarham Surawati Mohd di Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, Marang, Terengganu pada 19 Oktober lalu.

Pengarahnya, Prof Madya Dr Azam Othman berkata, sumbangan tersebut adalah hasil bantuan daripada alumni UIA, staf dan pelajar melalui Tabung Surawati yang dilancarkan pada 4 hingga 11 Oktober lalu.

“Sebanyak RM700 berserta barangan keperluan disampaikan kepada ibu arwah, Zainab Mamat sebagai penjaga kepada anak-anak arwah iaitu Aryan Rizqy, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfan Rakeen, 2.

“Sumbangan terkumpul daripada alumni UIA sebanyak RM13,580 telah dipindahkan ke akaun anak sulung kedua pasangan itu. Pihak kami berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban tiga anak tersebut,” katanya.

Allahyarham Surawati yang merupakan alumni dari Jabatan Komunikasi (2010) bersama Allahyarham suami, Muhammad Noor Idham Ramli yang terlibat dalam kemalangan maut di Rompin, Pahang pada 3 Oktober lalu. Manakala anak-anak Allahyarham terselamat daripada kejadian tersebut.