Mayat lelaki lemas ditemukan nelayan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NIBONG TEBAL - Mayat seorang lelaki yang hilang ketika mandi di sungai Taman Rekreasi Sanglang semalam ditemukan nelayan di Kuala Sungai Udang di sini awal pagi ini iaitu kira-kira 1 kilometer daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, mayat D. Kuldeep Singh, 36, ditemukan kira-kira jam 1.17 pagi dan dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada polis.

"Pihak bomba menerima maklumat lelaki mengenai kejadian lemas ketika mandi di sungai itu, kira-kira jam 7.26 malam tadi dan kami menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tersebut, namun gagal menemui mangsa", katanya di sini hari ini.

Katanya, kerja-kerja SAR dilakukan dengan kaedah mencari di permukaan sehingga jam 10 malam sebelum ia dihentikan berikutan cuaca semakin gelap.

Menurutnya, mayat lelaki itu telah dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk dibedah siasat. - Bernama

Artikel Berkaitan: