Youtuber Indonesia menyamar jadi pengemis, beli kereta mewah

Youtuber dari Indonesia Ria Ricis kembali jadi bualan apabila menyamar sebagai pengemis untuk membeli sebuah kereta mewah di sebuah bilik pameran.- Foto Agensi
Youtuber dari Indonesia Ria Ricis kembali jadi bualan apabila menyamar sebagai pengemis untuk membeli sebuah kereta mewah di sebuah bilik pameran.- Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Youtuber dari Indonesia Ria Ricis kembali jadi bualan apabila menyamar sebagai pengemis untuk membeli sebuah kereta mewah di sebuah bilik pameran.

Ria Ricis mengubah penampilannya dengan berpakaian seperti seorang'pengemis' yang comot dan tidak terurus.

Dia hadir ke pameran itu dengan membawa bungkusan wang syiling.

Ricis memasuki bilik pameran itu dengan selamba dan memaklumkan kepada jurujual di situ dia mahu membeli sebuah kereta lalu menunjukkan sebuah kereta mewah berwarna kuning.

Namun jurujual itu terkejut dan memaklumkan kereta itu sudah ada pembeli.

Tetapi dia berkeras dan mula membuka kereta tersebut dan membuat perlakuan pelik hingga membuatkan jurujual itu panik.

Dan berkali-kali memaklumkan ia sudah ada pembeli dan memintanya melihatnya dari luar sahaja.

Namun, ternyata lakonan itu tidak lama apabila jurujual itu mula menyedari dirinya.

Artikel Berkaitan:

"Tunggu... Ini Ria Ricis ya," kata jurujual tersebut.

"Gagal, gagal... Sebab tahu," kata Ria Ricis dengan diiringi ketawa.

Dan sebenarnya, kereta itu sudah dibeli Ria Ricis buat dirinya sendiri. - Agensi