Dodoi ibu seperti bayi kecil

Paparan video yang memaparkan seorang wanita sedang mendodoi ibunya yang tular di media sosial
Paparan video yang memaparkan seorang wanita sedang mendodoi ibunya yang tular di media sosial
A
A
A

SHAH ALAM - Video seorang anak yang sanggup mendodoikan ibunya seperti bayi kecil mendapat pelbagai reaksi netizen.

Perkongsian video video berdurasi 15 saat itu dimuat naik di Facebook Jegeler Jegeler sebelum tular di media sosial yang kini meraih lebih 30,000 tontonan.

Menerusi status Jegeler Jegeler: "Dulu ibu dodoi kita, kini kita pula dodoi ibu".

Kata-kata itu merujuk kepada rakaman video yang memaparkan seorang wanita yang dipercayai mendodoikan ibunya yang sedang uzur seperti bayi kecil yang ingin ditidurkan.

Rata-rata netizen melahirkan rasa terharu dan tidak menyangka masih ada anak yang sanggup mengetepikan berat ibunya dan sanggup mendodoi insan yang disayanginya demi memberi keselesaan kepada warga emas tersebut.

Tulis Aminah Myn: "Bukan senang kan kita nak buat macam ini untuk mak ayah kita. Ini rezeki dapat dodoikan ibu dia macam bayi. Kita tumpang gembira. Tak tahulah rezeki dekat anak-anak jaga macamana. Semoga ALLAH permudahkan usia emas kita semua."

Selain itu Mariana Ahmad turut menyindir segelintir individu yang bukan sahaja mengabaikan tanggungjawab mereka untuk menjaga ibunya malah sanggup menghantar ibu dan bapanya ke rumah kebajikan warga emas.

"Untung ibu terbabit ada seorang anak yang begitu menyayanginya, bukan macam segelintir manusia yang sanggup mengabaikan ibu bapanya malah tidak mahu menjaganya dan menghantar mereka ke rumah orang tua."

Artikel Berkaitan: