Peraduan Wayang HibSinar – Doctor Sleep

Wayang HibSinar - Doctor Sleep
Wayang HibSinar - Doctor Sleep
A
A
A

PERADUAN Wayang HibSinar kini kembali lagi dengan sebuah filem yang diadaptasi daripada novel Stephen King dengan judul yang sama، Doctor Sleep.

Filem yang diarahkan oleh Mike Flanagan ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 7 November 2019.

Doctor Sleep yang juga merupakan sekuel kepada novel The Shining (diadaptasi ke layar perak pada 1980) ini memberi fokus kepada anak Jack Torrance، Dan.

Dan yang kini sudah besar tetapi masih trauma dengan kejadian yang berlaku di Overlook Hotel. Dan bergelut dengan kuasa psikiknya، yang dia gelar sebagai `the shining`. Dia menemui tujuan baharu dalam hidup selepas bertemu dengan seorang gadis yang mempunyai kuasa sama sepertinya.

Apakah yang akan berlaku seterusnya؟ Dapatkan jawapannya dengan menonton filem ini di pawagam berdekatan.

Doctor Sleep

Artikel Berkaitan:

Bahasa: Inggeris

Pengarah: Mike Flanagan

Pelakon: Ewan McGregor، Rebecca Ferguson

Genre: Thriller

Klasifikasi: 18

Tayangan: 7 November 2019

Edaran: Warner Bros. Pictures

PERADUAN

Menangi tiket percuma dan menjadi antara yang terawal menonton filem Doctor Sleep – Wayang HibSinar (Sinar Harian) dengan menulis slogan menarik dan kreatif tentang filem ini.

Saya mahu menjadi antara yang terawal menonton filem Doctor Sleep kerana:

............................................................................................................................................................

Lengkapkan slogan tersebut beserta info diri anda (Nama Penuh، No K/P، Alamat، No. Telefon) dan e-mel ke: hiburan.sinar@gmail.com (tarikh tutup: 1 November 2019).

INFO TAYANGAN

Tarikh: 5 November 2019 (Selasa)

Masa: 8 malam

Lokasi: GSC 1Utama

(Terima kasih: Warner Bros. Pictures)

**Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja. (Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik).