Ribut petir, hujan lebat hampir semua negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia sehingga jam 7 petang hari ini termasuk Sarawak dan Sabah.

Negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Turut diramalkan hadapi ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah bagi daerah Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai bagi Kelantan, daerah Besut di Terengganu serta Pahang melibatkan Bentong, Bera dan daerah Rompin.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk beberapa daerah di Sarawak, Sabah dan Labuan iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) serta Limbang di Sarawak, manakala bagi Sabah melibatkan kawasan pedalaman Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat.

Amaran dikeluarkan pada jam 3.55 petang menerusi lawan rasmi MetMalaysia itu memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga jam 7 petang hari ini.

Maklumat semasa dan ramalan cuaca terkini boleh didapati melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca serta laman media sosial rasmi jabatan dan orang ramai boleh hubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-322-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.