Zizan akui lalai, terkandas tepi lebuh raya

Pelakon, Zizan Razak
A
A

KENDERAAN milik pelakon dan pelawak, Zizan Razak, jenis Toyota Vellfire terkandas di tepi lebuh raya akibat tidak mengisi minyak kereta, pada malam semalam.

Zizan, bagaimanapun mengakui itu adalah kelalaiannya.

"Tiba-tiba kereta rosak sebab tak isi minyak. Awalnya nak isi dah... tetapi terlajak pula sebab tengah bercakap dalam telefon.

"Nampak tempat isi minyak tetapi perasaan kosong sahaja. Kehabisan minyak ini memang satu yang luar biasa.

"Itulah punca akibat kelalaian diri sendiri," ujarnya yang telah mendapat bantuan pihak PLUS tidak lama selepas memuat naik video rakamannya.

Di ruang komen, rata-rata peminat Zizan berkongsi perkara yang sama dilaluinya.