Rekaan inovatif varian Mio terbaharu

Pengeluar kamera dash kenderaan utama negara perkenal tiga terbaharu Mio MiVue 792, MiVue 785 dan MiVue 733

MIO MiVue C360 dilengkapi dengan apertur F1.8, fungsi rakaman 1080P30fps full HD serta sensor CMOS sensatif cahaya rendah Sony.
MIO MiVue C360 dilengkapi dengan apertur F1.8, fungsi rakaman 1080P30fps full HD serta sensor CMOS sensatif cahaya rendah Sony.
A
A
A

KOMBINASI rekaan yang cukup inovatif menjadikan pengeluar kamera dash kenderaan utama negara, Mio terus unggul dengan varian terbaharu Mio MiVue 792 dan MiVue 733.

Presiden Korporat Teknologi Digital MiTAC, Steve Chang berkata, Mio merupakan peneraju utama dalam pasaran kamera dash global.

"Tahun lepas, kami telah menembusi pasaran Asia Selatan di Thailand dan Vietnam yang ternyata menyambut baik produk kami.

"Hari ini, kami merasa gembira untuk memperkenalkan produk kami ke Malaysia dan saya yakin akan kejayaan yang bakal dicapai di dalam dan di luar rantau ini pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pada masa sama, Steve berkata, Mio turut mengumumkan pelancaran rangkaian kamera dash baharu ke pasaran Malaysia, Mio MiVue 7 yang disertai dengan waranti tiga tahun untuk peranti utama.

Produk itu dibangunkan dengan menggunakan kombinasi rekaan yang berinovasi dengan kawalan kualiti berpiawaian tinggi.

Bukan sahaja mempunyai lebih 350 jurutera penyelidikan dan pembangunan, pengurusan kualitinya turut menepati piawaian antarabangsa International Automotive Task Force (IATF) 16949.

Selain rangkaian MiVue 7, Mio juga melancarkan produk rangkaian C yang baharu iaitu MiVue C360 dan dilengkapi dengan apertur F1.8, fungsi rakaman 1080P30fps full HD serta sensor CMOS sensatif cahaya rendah Sony.

Artikel Berkaitan:

MiVue 792, MiVue 785 dan MiVue C360 boleh dipadankan dengan kamera belakang MiVue A30, yang dilengkapi sensor CMOS sensitive cahaya rendah Sony, lensa kaca sepenuhnya, rakaman Full HD 1080p bersudut lebar 130-darjah, apertur F1.8 dan mod rakaman malam.

VARIAN MiVue 792, MiVue 785 dan MiVue C360 boleh dipadankan dengan kamera belakang MiVue A30.
VARIAN MiVue 792, MiVue 785 dan MiVue C360 boleh dipadankan dengan kamera belakang MiVue A30.

ANEKDOT

SPESIFIKASI lain kamera dash Mio:

MIO MiVue 792 dilengkapi fungsi rakaman bersudut lebar 140o darjah dan apertur F.18.
MIO MiVue 792 dilengkapi fungsi rakaman bersudut lebar 140o darjah dan apertur F.18.

MiVue 792

  • Mempunyai sensor CMOS STARVIS ‘super low-light’ Sony yang berkualiti tinggi.
  • Dilengkapi sistem navigasi berasaskan satelit GPS dengan WIFI.
  • Berkemampuan untuk melakukan sandaran (backup) video secara masa nyata (real-time).
  • Peranti yang berdaya WIFI itu akan membuat sandaran video secara automatik dengan memuat naik rakaman video secara terus ke telefon bimbit melalui aplikasi MiVue.
  • Mempunyai sensitiviti untuk mengesan sinaran hampir infrared bagi meningkatkan kualiti imej yang dirakamkan pada waktu malam sebanyak empat kali ganda.
  • MiVue 792 juga dilengkapi fungsi rakaman bersudut lebar 140o darjah dan apertur F.18.
  • Teknologi pelarasan imej Mio yang eksklusif untuk menghasilkan imej yang lebih jelas.
  • Tambahan pula, peranti tersebut merakam video dalam kualiti Full HD 1080p pada 60 FPS untuk video yang lebih jelas.
  • Dilengkapi dengan fungsi GPS dalaman yang boleh merakamkan maklumat pemanduan secara automatik termasuk kelajuan, altitud, longitud, latitud dan arah pemanduan.
  • Pengguna boleh menggunakan fungsi mod parkir (parking mode) dengan menggunakan sumber tenaga luaran.
  • Dijual pada harga RM799.

PERANTI MiVue 785 boleh menangkap imej dalam suasana cahaya malap dan merakam video sehingga 1080/30fps.
PERANTI MiVue 785 boleh menangkap imej dalam suasana cahaya malap dan merakam video sehingga 1080/30fps.

MiVue 785:

  • Dilengkapi sensor CMOS berkualiti tinggi Sony.
  • MiVue 785 boleh menangkap imej dalam suasana cahaya malap dan merakam video sehingga 1080/30fps.
  • Paparan sesentuh 2.7-inci dan pengantara muka (interface) yang mesra pengguna.
  • Sistem GPS dalamannya boleh menjejak lokasi dan maklumat pemanduan dengan tepat.
  • Pengguna juga boleh merakam dalam mod parkir dengan menggunakan sumbar tenaga luaran.
  • Dijual dengan harga RM599.

MIO MiVue 733 mempunyai kualiti rakaman video 1080P/30fps dan fungsi sandaran WIFI terbina dalam.
MIO MiVue 733 mempunyai kualiti rakaman video 1080P/30fps dan fungsi sandaran WIFI terbina dalam.

MiVue 733:

  • MiVue 733 mempunyai kualiti rakaman video 1080P/30fps dan fungsi sandaran WIFI terbina dalam.
  • Dilengkapi sistem navigasi berasaskan satelit GPS dengan WIFI.
  • Berkemampuan untuk melakukan sandaran (backup) video secara masa nyata (real-time).
  • Peranti yang berdaya WIFI ini akan membuat sandaran video secara automatik dengan memuat naik rakaman video secara terus ke telefon bimbit melalui aplikasi MiVue.
  • Rakaman berkitar (Loop Recording): Kad microSD akan memulakan rakaman ke atas klip video yang lama secara automatik apabila memori storan penuh.
  • Penguncian rekod kecemasan secara automatik (Automatic emergency record lock-up) kerana sistem akan mengunci klip video yang berkenaan di dalam satu tempat simpanan (folder) tersendiri tanpa penulisgantian (overwriting) ke atas fail tersebut jika berlaku kecemasan.
  • Peranti ini boleh kalis suhu panas sehingga 60 darjah Celsius.
  • Ia juga dilengkapi dengan fungsi penjejakan GPS dan boleh merakam dalam mod parkir apabila dipasangkan dengan sumber tenaga luaran.
  • Dijual pada harga RM499.